Beza Sesat dan Kafir

Monday, July 6, 2009
Assalamu'alaikom,

Suka saya berkongsi ilmu dari ceramah satu ustaz. Lupa nak tanya nama dia, tetapi dia pernah berkerja di Saudi, dan kini dengan Kerajaan.
Ustaz tu menerangkan telah ada satu kumpulan di Malaysia, bermula dari Perlis dan kini sudah ke Selangor/KL. Kumpulan tersebut telah mentafsirkan Surah Taha ayat 5 sebagaimana fahaman mereka, walhal takwil ayat tersebut tidak berani dilakukan Sahabah2 mahupun Ulama2 zaman dahulu.
Tafsir Surah Taha ayat 5:

5. ((Allah)) Most gracious is firmly established on the Throne (of authority).

5. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy.


Kumpulan tersebut telah membuat kesimpulan (sesat) bahawa ALLAH duduk di Arash. Dan ini bercanggah kerana apabila kita menempatkan ALLAH pada satu tempat, maka kita juga mengatakan ALLAH tu berjirim (ada bentuk). Sedangkan ALLAH tidak menyerupai segala sesuatu
Dalam pandangan Imam Nawawi, dia telah mengkafirkan orang-orang yang cuba merupakan ALLAH. Dan dalam pandangan ulama, berlaku 2 keadaan apabila terus-menerus melaku amalan seperti ini, yang dianggap syirik.
1) Sekiranya kita melakukan amalan syirik, dan kita tidak tahu itu salah - maka kita dikira sesat.

2) Sekiranya kita melakukan amalan syirik, dan kita sudah tahu ilmu-ilmu, hadith-hadith berkaitan - maka kita di kira kafir, nauzubillah.

Untuk mereka-mereka yang kafir, sebaiknya janganlah benarkan mereka sembelih ayam, korban - kerana sembelihan orang kafir tidak boleh di makan.

Semoga memberi panduan
Sekian wassalam.

0 comments:

Post a Comment